Friday, May 9, 2008

Selamat Hari Ibu!!





Emak..
ku bangga akan dirimu..
dikau seorang ibu yang begitu tabah,
biarpun ramai yang telah memperkecilkanmu,
dikau tetap teguh dengan pendirianmu,
iaitu bersabar dan terus bersabar.


Emak..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun kita tinggal berjauhan,
Kau tetap ibuku yang satu,
Tiada yang lain sebagai pengganti.


Emak..
Maafkanlah anakmu ini
Yang selalu merisaukanmu dengan pelbagai perangai
Jika ku diberi peluang,
Ingin sekali kulafazkan pada seluruh alam nian,
Betapa kusayang dirimu umpama seluas lautan dalam.


Selamat Hari Ibu,
Hajjah Rumanah Binte Haji Jais!!
Ku sayang kamu!! 
*hugs* Muackss!!

"Al-Jannatu tahtalUmmahaati";"Syurga itu itu dibawah kaki IBU"

No comments:

Post a Comment